SPAGHETTI PRAWN OLIO ♥
Monday, 5 December 2011 | 0 comment(s)
Hari ini saya mahu ajar resepi spagetthi prawn olio yang boleh dikatakan sedap jugalah. Hehehehe. Perasaan nak buat spaghetti ini tercetus apabila makan dekat Pizza Hut dan itulah first time saya makan spaghetti ini. BAHAN-BAHAN :
1.Semestinya spaghetti yang sudahsiap direbus.
2.Sebiji bawang besar
3.Seulas bawang putih
4.Sebiji cili merah
5.Beberapa ekor udang *boleh juga ayam, sotong
6.Thyme atau parsley
7.Tomato ceri
8.Sedikit air Sprite
9.Serbuk cili
10.Garam dan pati ayam
CARA-CARA
1.Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah ,thyme, udang dan tomato ceri
ke dalam kuali sehingga masak *boleh masukkan hot dog
2.Masukkan spaghetti yang telah direbuskan kedalam kuali.
3.Perasakan dengan serbuk cili, garam dan pati ayam
4.Akhir sekali masukkan sedikit air Sprite *jangan banyak sangat cuma basahkan
spagetthi saja untuk diserap
*maaflah gambar terlalu dekat hehehehe





